Segalanya tentang apa yang dirasa dan tak terkata dari seorang lelaki

Nukilan Cinta : Resah Hatiku



Bingung jiwaku ...
Memikirkanmu tiap waktu

Masih mencari hati mu .

Resah hati ku ..
Memikirkan tentang kita
Masihkah ada RASA CINTA..

Mengharap .. 
Dan Masih lagi..  
mengharap ... 
Semuanya dapat dileraikan

Tahukah dirimu 

Setiap malam ku hanyut 
Ku dibawa arus luka kerna 
KHILAFNYA KITA ..

Sedarkah kamu 

Lena malam ku kini sepi 
Seolah rasa ku telah mati
BILAAA... kau hilang dari sisi

😢  😢  😢



#NUKILANCINTA
Read More

Tangisan Hatiku


Terkadang masa menikam dan terus berlalu pergi meninggalkan sisa dan membuka seribu luka di hati.
walau ku cuba hindarkan sesal di dada
kesilapan lalu menghantui diriku.
Segalanya indah di ruang hati ini.
Senyum dan tawamu 
masih jelas terbayang dimataku
Aku sedih, aku kehilangan arah, malah aku masih bingung memikirkan mengapa kita jadi begini. 
Sayang, Apa salah diriku ?
Tak pernah dihidupku sekecewa ini .


aku tak pernah menduga begini hebatnya
duka lara bila berakhirnya cinta.
Sesungguhnya tak mudah bagiku melupakanmu, apakah didiriku tak ada seperti apa yang kau mahu? Aku tahu kadang aku menyakitimu, aku sedar aku tak seperti lelaki lain yang selalu ada waktu untuk menemanimu. Bukan aku mahu sebegitu, aku bukan sengaja pentingkan kerjaya seperti yang kau kira. Aku sedang berusaha membawa kita ke satu tahap yang sepatutnya. 
Sayang, apa lah gunanya ku terus mencari kesilapan diri sedang kau sendiri tak pernah ingin mengerti perasaan ini. 


Kau tahu.. 
Air mataku yang tak henti-henti mengalir
disaat jari jemariku menaip mengungkap semua ini. Aku masih lagi menangis mengenangmu sayang. 
Aku tak percaya semuanya berakhir.
Sungguh aku tak pernah menduga semua harus begini. Cukuplah sampai sini ku kongsi seribu luka yang ada di hati.
Maaf, luahan ini bukan berniat untuk mengemis mahupun meraih simpati,


- ini cuma luahan hati seorang lelaki yg sedang berusaha menghalalkan
 hubungan lalu ditinggalkan
 hanya kerana alasan "sepi" . -


 Terima Kasih 

Read More

BUAT HIDUP KITA LEBIH BERERTI



Hidup memang berwarna-warni .
Ada suka, duka, pedih, terkilan hati dan macam macam lagi . 

Ingatlah untuk menghargai , 
hidup hanya sekali .. 

walaupun life is not perfect bagi kita,
kita patut mensyukuri apa yang telah dianugerahkan Tuhan , semuanya telahpun diseimbangkan untuk kita, belajar mensyukuri, belajar menerima setiap kekurangan dan belajar terima setiap kelebihan, disitulah wujud kesempurnaan saling berbahagiaan insan. 
Nikmatilah hidup kita seadanya mahupun disaat kita duka dan suka.
Kita anggaplah setiap fasa yang telah kita lalui itu adalah pengajaran serta pengalaman yang berharga 
dan amat bermakna buat hidup kita.
Percayalah ..
setiap apa yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.


Selamat membaca !! :)

Read More

KENAPA MANUSIA HANYA ADA SEKEPING HATI ?



Aku yang dahulunya sejenak termenung keliru memikirkan tentang segala yang dikurniakan pada manusia dan segala benda didunia ini . kaji, merungkai segala semuanya tanpa jawapan sesungguhnya . Pernah dulu aku termenung memikirkan tentang anggota badan yang
telah dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T pada setiap hambanya. Bukannya aku mahu mempersoalkan Allah Maha Pencipta mahupun cuba nak berkuliah ye , content kali ni tetap tentang CINTA 😊.
 Ok sambung... 
Sememangnya Tuhan bagi pada 
manusia dengan mempunyai dua belah kaki untuk manusia (kita) dapat melangkah dengan sempurna.
Kurniakan dua belah tapak tangan untuk 
manusia (kita) gunakan sebaiknya, memegang  (memohon doa)
.  Dua belah telinga untuk 
mendengar . Dua biji mata untuk kita melihat .
TETAPI
hanya menganugerahkan manusia 
sekeping hati didalam tubuh kita.
kenape sekeping ? *This is la yg buat aku tertanya
tanya dalam kebingunggan dan asyik bagi aku keje nak teka ikut sedap je dulu* . 
Pelik kan? Terfikir ke idok ??
kenapa anggota lain lengkap sifatnya ? Yang lain ada dua ( ia berpasangan) .
Tuhan mengurniakan kita 
dengan hanya sekeping hati kiranya dah cukup bertuah dah la kan.  Kalau beerpasangan, al kisahnya tidak adalah cinta dalam jiwa . sekeping 
hati lagi adalah pasangan kita (jodoh) dan kita harus mencarinya dengan bijak.
 itulah yang bakal menyinari 
dan membawa kebahagiaan untuk kita . 
Itulah Cinta !! . Aku harap suatu saat aku yang bodoh ni serta sekeping hati yang penuh dengan sadis dan tragiss ini  menemukan sekeping lagi hati ini.
seseorang insan yang tulus mencintai aku.



Read More