Segalanya tentang apa yang dirasa dan tak terkata dari seorang lelaki

Melupakan Kisah Lalu

Kenapa kekadang hati kita sakit dan kekadang ada je kesedihan didalamnya?


Antara sebabnya  kita masih memendam kisah-kisah silam, masih berpaut pada kisah lama kita.

Kita akan selalu merasa tertekan, selalu bersedih dan malah menjejaskan kesihatan. Tapi janganlah sampai ada niat mahu bunuh diri , tak perlulah sampai ketahap itu .

Sebagai manusia biasa seperti aku,  memang mustahil untuk melupakan perkara yang menghancurkan hati dengan sekelip mata. Terfikir la juga macam mana pula si manusia luar biasa seperti kamu, mesti semuanya mudah kan? bila nak kau ambik, bila taknak kau buang.

Oklah berbalik semula kepada soal hati,

Kita akan rasa setiap perkara mempunyai kaitan dengan peristiwa tersebut akan membuatkan hati kita terseksa.

Kita tidak suka perubahan yang berlaku.

Kita rasa sukar untuk menerima takdir.

Kita mahukan kehidupan yang kita ‘rasa’ kita patut dapat.

Akhirnya, kita terperangkap dengan fantasi sendiri.. walaupun sebenarnya ia sangat melukakan.

Sebenarnya punca kepada segala kesakitan ini adalah kedegilan kita je untuk move on, untuk melupakan perkara-perkara yang telah berlalu.

Ye tahu move on tak semudah yang dikata, lagi lagi nak buang kenangan dan rasa sayang, eh memang bukan sesuatu hal mudah.. Tapi untuk apa dikenang semua lagi, takkanlah selamanya nak menyiksa diri sendiri kan .

Hati kita masih berpegang kemas bahawa “masih ada harapan”,  kita masih takdir akan berubah dan menjadi seperti apa yang kita harapkan.

Kenapa kita selalu nak rumitkan kehidupan kita dengan harapan yang tidak berkesudahan ini?

Jadi bagaimana kita boleh melupakan dan melepaskan kisah silam?

First at all kita perlu setup mindset kita, kita kena sedar bahawa tiada harapan sebenarnya dari kisah terdahulu.

Second thing, kita belajar menerima, kita redha tentang semua perkara yang terjadi, dan lakukan apa yang terbaik dengan kehidupan sekarang.

" Past is just something we can’t do anything about.


Future....who knows, it could be wonderful."

Sentiasa melangkah ke hadapan dalam hidup kita. Percayalah disetiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita ini, Allah telah merancang apa yang terbaik buat kita..Trust in Allah timing.

Rely on His  promises.

I don’t judge you for what has happened. In life, we all make mistakes.

Hidup ini terlalu pendek untuk berperang dengan diri sendiri.

Apa yang terbaik adalah mula untuk menerima dengan ikhlas setiap perkara dan memberi kemaafan kepada semua.

Termasuklah kepada diri sendiri








Read More