Segalanya tentang apa yang dirasa dan tak terkata dari seorang lelaki

Tangisan Hatiku


Terkadang masa menikam dan terus berlalu pergi meninggalkan sisa dan membuka seribu luka di hati.
walau ku cuba hindarkan sesal di dada
kesilapan lalu menghantui diriku.
Segalanya indah di ruang hati ini.
Senyum dan tawamu 
masih jelas terbayang dimataku
Aku sedih, aku kehilangan arah, malah aku masih bingung memikirkan mengapa kita jadi begini. 
Sayang, Apa salah diriku ?
Tak pernah dihidupku sekecewa ini .


aku tak pernah menduga begini hebatnya
duka lara bila berakhirnya cinta.
Sesungguhnya tak mudah bagiku melupakanmu, apakah didiriku tak ada seperti apa yang kau mahu? Aku tahu kadang aku menyakitimu, aku sedar aku tak seperti lelaki lain yang selalu ada waktu untuk menemanimu. Bukan aku mahu sebegitu, aku bukan sengaja pentingkan kerjaya seperti yang kau kira. Aku sedang berusaha membawa kita ke satu tahap yang sepatutnya. 
Sayang, apa lah gunanya ku terus mencari kesilapan diri sedang kau sendiri tak pernah ingin mengerti perasaan ini. 


Kau tahu.. 
Air mataku yang tak henti-henti mengalir
disaat jari jemariku menaip mengungkap semua ini. Aku masih lagi menangis mengenangmu sayang. 
Aku tak percaya semuanya berakhir.
Sungguh aku tak pernah menduga semua harus begini. Cukuplah sampai sini ku kongsi seribu luka yang ada di hati.
Maaf, luahan ini bukan berniat untuk mengemis mahupun meraih simpati,


- ini cuma luahan hati seorang lelaki yg sedang berusaha menghalalkan
 hubungan lalu ditinggalkan
 hanya kerana alasan "sepi" . -


 Terima Kasih 

Read More